luahan dari lubuk hati
Wednesday, 13 March 2013
Wednesday, 10 October 2012
RAJIN SGT SAMPAI KENE GELAK DENGAN KAK LANGSUIR!!!~~~~~~
Kejadian baru lagi 8/10/12,ceritanye begini...oleh kerna esok aku n adik aku nak gerak pergi kuantan aku pun ingat nak cuci kereta petang tu.Tapi rasa pula kepenatan yg aku alami seharian ke sana ke mari jadi aku tangguhkan niat itu utk malam karang jela.Aku pun tertidur dari 6:00 pm sampai lah 10:45 pm baru aku terjaga.
Kalau kat sini station minyak tutup pukul 11:00 pm,maklum lah area kg.Aku pun bergegas lah nak isi minyak kat shell tengok-tengok dah tutup.So aku pun ajak lah adik aku ronda-ronda.Tengok jam dah pukul 12.15 am balik rumah terus lah aku,tengok kereta kotor teramat dengan niat rajin nya aku basuh juga tengah malam tu.Ditemani adik aku,aku pun basuh dengan rajin nya.
Lama juga aku membasuh,tengok jam dah pukul 1.30 am.Tengah syok-syok membasuh aku pun terdengar something,buat tak tahu je mula-mula tu.Pastu muka adik aku macam pelik-pelik. Aku pun tanya lah dia kenapa?dia pun cakap tak ada apa-apa.Lagi sikit je keje mengemas aku nak siap,boleh pulak aku dengar langsuir macam bunyi tengah ketawa.Lama juga lah kan bunyi tu,yg adik aku ni tak tahu bunyi apa,so dia tak kisah lah sangat.Yang aku pun makin lama makin seram pula, terus aku segera siapkan kerja aku tu dengan bantuan adik sengal aku tu.Pastu masuk bilik baru cerita kat dia.Rupanye bunyi tu dia dengar dulu,mula-mula perlahan makin lama makin kuat pula bunyi yg dia dengar.Mungkin waktu dia dengar benda tu aku tengah kusyuk membasuh.
Aku pun bagitau dia dari pengalaman aku,bunyi macam tu adalah dari kak lang binti suir.Baru dia tau.

Saturday, 1 September 2012
KESAH SERAM
KISAH HANTU NAK JOIN MELEPAK
Kisah ini benar-benar berlaku pada tahun 2005 di Raub,Pahang.Sewaktu umur aku 17 tahun.Ianya berlaku di antara jam 11.00 mlm -12.00 tengah malam.Cerita ini tak pernah aku lupakan ini kisah seram aku paling lama aku pernah menghadapi.Selalu kita jumpa hantu sekali imbas je kan?Tapi ini lain,hampir sejam lamanya.Ceritanya begini.....
Biasa la budak-budak bila dah habis exam tambahan pula cuti sekolah MELEPAK la kerjanya.Kami berempat pada mulanya iaitu aku,Do,Re dan Mi (bukan nama sebenar) ,melepak di depan rumah kawan aku yg bernama DO.Kemudian dua orang kawan aku Do dan Re meminta diri.Katanya nak pergi 'Dating'sekejap.Do dan Re berlalu pergi menaiki motor yamaha Re.Tinggal lah aku dan Mi je.
Dibawah pokok jambu depan rumah Do.Suasana sunyi sepi.Sebenarnya tak lah seram sangat suasana depan rumah Do tu kerana itu adalah kawasan taman perumahan.Kiri kanan ada rumah kediaman orang.Cuma keadaan agak gelap sedikit dan sunyi sepi,maklum la orang lain semua dibuai mimpi indah time-time tu.Aku dan Mi berbual-bual kosong sementara menanti Do dan Re kembali.Memandangkan aku dan Mi ni bukan lah rapat sangat,sepatah soalan di tanya oleh aku dijawab sepatah oleh Mi,begitu juga dengan Mi,sepatah soalan di tanya oleh Mi dijawab sepatah oleh aku.
Depan rumah Do mempunyai barisan kediaman bagi kaum cina.Di depan rumah Apek itu mempunyai satu pokok nangka yg agak besar juga lah serta pokok bunga.Betul-betul rumah Apek itu bertentangan dengan rumah Do.Begitu juga lah aku dan Mi.Kami duduk betul-betul menghadap rumah Apek tu.
Dalam 10 minit selepas Do dan Re pergi.Tiba-tiba aku terpandang satu kelibat putih di bawah pokok nangka.Aku ingatkan sarung nangka maklum la nangka pun tahu malu.Apabila aku memerhatikan dengan cukup jelas,sangkaan aku meleset itu bukan sarung nangka tapi POCONG.
Maka aku pun buat-buat cool dalam hati pula membaca ayat-ayat suci.Aku cuba tenang kan diri walau macam mana sekali pun.Tiba-tiba Mi bagi handphone dia dekat aku suruh baca,kandungan text itu seperti ini "KAU NAMPAK TAK APA YG AKU NAMPAK?"tulis Mi.
Apa lagi terus laju je denyutan jantung aku,macam PUTRA LRT lah lajunya.Aku dan Mi terdiam seketika sambil membaca ayat suci.Bayangkan kami diperhatikan oleh p*****.Kami juga berhadapan dangan p*****.Tiba-tiba cahaya lampu dari sebuah kereta muncul.Aku dan Mi melihat kembali di tempat p***** duduki tadi..husshhhh terasa lega sebabnya kelibat p***** sudah tiada.Ingatkan semuanya telah berakhir.tak sampai 10 minit bila pandang balik tempat itu.Dia kembali!P***** itu berada di tempat yg sama ia berdiri pada mula-mula tadi.
Aku dan Mi ni memang selamba,kami boleh bertahan bertentang mata dengan si p***** itu hampir sejam.Tapi mulut kumit-kamit membaca doa.Kalau orang lain mesti dah lari lintang pukang kan.Lalu Do dan Re pun kembali,aku cepat-cepat bagitahu Re yg aku dah nak balik nak tumpang balik rumah naik motor Re.Padahal rumah aku belakang rumah Do je,rumah si Re agak jauh dari kawasan perumahan aku,begitu juga dengan Mi. Mi pula memang selalu Re yg hantar pulang.Akhirnya aku,Re dan Mi pulang bersama menaiki motor,naik motor bertiga.Do dan Re begitu heran dan bingung sambil aku dan Mi naik terus di atas motor itu dan menyuruh Re cepat pergi.Esoknya baru cerita hal yg sebenar pada Do dan Re.
Subscribe to:
Posts (Atom)